Friday, 7 November 2014

Nasi Goreng Lokan ala Hong Kong Style - Menu Kanak-Kanak

Nasi Goreng Lokan ala Hong Kong Style

Meh kita masak nasik goreng ala2 tembok besar hehehee...Eh! ye ke emmph hantam ja lah!

Menu ini juga sesuai untuk kanak-kanak. Haaa tak percaya cuba try tengok pasti anak-anak anda suka!



Bahan-bahan:

Nasi Putih (saya guna nasik balance semalam jew)
1/2 kg lokan (direbus dahulu dan ditoskan)
2 ulas bawang putih yg di slice
1 biji bawang besar yg di slice
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 tangkai cili kering - ini untuk orang dewasa kalau tak nak letak pun tak per
1/2 labu cili benggala hijau - ini juga utk kasi nasi itu kelihatan menarik
1/2 batang carrot atau ikut sayuran yang digemari

Cara-cara:

1. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng cili kering yang telah dipotong tadi hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan minyak di dalam kuali, masukan hirisan bawang tadi dan goreng hingga wangi dan keperangan.
3. Masukkan lokan goreng sedikit dan masukkan kunyit, setelah kunyit bau harum dan bertukar kuning sedikit gelap, masukkan sayuran, cili kering/cili bengala dan pecahkan telur.
4. Masukkan nasi goreng, masukkan perasa + garam.
5. Siap! Makan time....

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment