Monday, 26 May 2014

Aktiviti memasak bersama anak

 
 

 
Aktiviti memasak bersama anak dara saya!
 
Hari ini saya el, sbb tidak sihat so saya dan suami pun pagi2 lagi vrooomm....bergegas ke kampung mengambil anak2 kecil saya yang saya tinggalkan pada ibu saya sepanjang saya berkursus .
 
Bila tengok sahaja wajah-wajah comel anak2 saya, maka hati tergerak nak buat sesuatu bersama setelah seminggu kami berjauhan.  Anak perempuan sulung saya meminta saya buat kan lempeng.
 
Kakak:   Mama kakak nk makan lempeng...tapi mama letak pisang tau, macam maktok buat SEDAP!
Mama:  Ok2, walaupun kesihatan badan tidak 100% digagahkan jua....Jom! kakak kita buat lempeng letak pisang, bukan lempeng pisang tapi cuma lempeng gandum letak pisang hahahaa.....itu ja pun yg mama reti...ekekeke...
 
Seronok anak dara saya apabila diajak membantu didapur, orang lain semua sedap2 tidur 'zzzzz', maka tinggallah kami berdua terkial2 di dapur.  Suka betul dia dpt tlg campak2 kan pisang ke dalam tepung dapat godek2 tepung...nasib tak sepah kan..kan..mukalu tidak keluar asap telinga mama kan..kan..kan..
 
 




Setelah siap makan inilah rupanya lempeng tepung BERTATAHkan pisang....ekekekeee...
  



berselera betul anak dara saya makan, tak sabar2 tunggu orang lain bangun dari tidur utk makan bersama terus dia ngaap dulu....














Petang itu saya buat lempeng tepung BERTATAH Pisang cicah sos kastard, kalau nk makan dengan sambal pun boleh, nak makan bersama sardin pun boleh...

kalau kawan2 semua nk try bolehlah cuba resepi ini:





RESEPI LEMPENG KANAK-KANAK BERTATAH BERLIAN (Wah!..kelas tau bertatahkan berlian padahal pisang jew) hehehe..

Bahan:

Tepung gandum
Pisang
Gula
Garam
1 biji Telur
Air

*sukatan adalah seperti kita nak buat jemput2...kalau nk makan byk maka diperbanyakkanlah bahan2 nyer.

* kalau rasa nk makan lagi sedap, letaklah kelapa parut sikit, kalau nak rasa lemak masukkan lah sedikit susu fullcream atau santan bagi menggantikan air, masukkan gula melaka sikit untuk cantikkan warnanya.

Cara:

Lempeng

-Masukkan tepung, gula dan garam secukup rasa.
-Pecahkan sebijik telur
-Gaul sebati
-Setelah digaul sebati masukkan hirisan pisang tadi
-Panaskan kuali, lenserkan kuali dengan sedikit minyak atau butter
-balik-balikkan, garingkan dan siap untuk dihidang.

Sos Kastard

1 tin susu ideal
2 sudu tepung kastard
Sedikit gula ikut kemanisan

satukan semua bahan sos tadi, kacau dan didihkan di atas dapur di atas api yg perlahan sehingga sedikit pekat.

Siap! senang dan mudah kan...haaa..apa lagi cuba lah try test tengok!

Anak-anak saya suka SANGAT!...cubalah tengok mesti anak2 anda semua suka jugek! ngeh..ngeh.ngeh..








2 comments: