Friday 7 November 2014

Jom Masak Lokan- Resepi Spagetti Goreng bertatah Lokan

Jom Masak Lokan!

Minggu ini adalah minggu memasak lokan! hahaha...acece...kekdahnyer adalah sebab minggu ini saya telah order lokan sampai dua beg plastik...udah lokanyer besar2 dpt banyak la jugak...dptlah buat stok untuk 4 kali masak..(hik..hik..hik..stok utk 2 mulut org dewasa dan 3 mulut my juniors)

ok2 dah takmo banyak bebel-bebel..

RESEPI:  SPAGETTI GORENG SEAFOOD (LOKAN)



Bahan-bahan:

1/2 paket Spagetthi (San Remo - Angel Hair spagetthi halus) Rebus dan toskan
1/2 kg lokan atau agak2 dengan bahan utaman gorengan Rebus dan toskan
4 fillet crabstick (dipotong mengikut pattern yang disukai...panjang boleh, bolat2 pun boleh)
1 labu bawang holland (1/2 dipotong dadu, lagi 1/2 potong slice)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong slice)
1/2 batang carrot (atau sayuran yang digemari)
Oyster Sos
Sos Tomato
Sedikit daun parsley kering (beli dalam botol mcm botol mix herbs)
Garam + ikan bilis seasoning
STANDARD BASIC SKILLS MENGORENG (hik!hik!hik!)
Cili Padi optional (sesuai utk hidangan orang dewasa)

Cara-cara:

1. Lokan tadi hendaklah direbus dahulu supaya dia tidak mengeluarkan air semasa digoreng nanti.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dalam 3 sudu besar (boleh adjust ikut kuali atau bahan2).
3.Tumis b.putih, b.besar dan bawang holand.
4. Bila dah bahan tumisan berbau harum, masukkan crabstick goreng hingga agak2 masak, masukkan lokan.
5. Masukkan Oyster Sos + Sos Tomato + carrot + ikan bilis seasoning goreng + garam jgn banyak sangat sbb ikan bilis seasoning sudah sedikit masin dan masak tumisan hingga agak kering.
6. Masukkan pula spagetthi dan goreng.
7. Last sekali taburkan daun parsely kering dan juga bawang holland yang telah dislice tadi.  Biarkan seketika dan tutup api.
8. Sedia untuk dihidang.
9.  Seafood spagetthi ini juga boleh digantikan lokan dengan udang atau sotong.

Selamat Menjamu Selera!


No comments:

Post a Comment