Wednesday, 15 May 2013

Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) atau nama barunyer Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)

Perlukah pengiktirafan ini?!?!?? 

Pada pendapat saya PERLU dan juga TIDAK PERLU, ianya menjadi PERLU kerana menghargai keikhlasan, kerajinan dan semangat bekerja dan sebagai pemangkin utk lebih RAJIN dan PRODUKTIF di masa hadapan, namun istilah ini kekadang telah disalahertikan oleh segelintir manusia kerana memandangkan hadiah, tawaran ataupun GULA-GULA yang diberikan itu akan membuatkan manusia hilang pertimbangan, hilang rasa hormat pada orang lain dan pada diri sendiri, hilang kewarasan diri, hilang kebijaksanaan dalam percaturan hidup, dan yang paling MENAKUTKAN, HILANG rasa MALU pada ALLAH, maka ini menjadikan APC atau PPC atau balaqana yang seangkatan dengannya TIDAK PERLU.  Cukuplah sekadar PENGHARGAAN dan UCAPAN TERIMA KASIH dan yang paling BESAR ganjarannya....PAHALA dari ALLAH...

Dek kerana mengejar PENGIKTIRAFAN ini manusia mula cantas-mencantas, buka membuka pekong org lain, dan tindas menindas, bermasam muka dan takut-takut BERDENDAM pula.

Pengajaran ini saya perolehi dari pengalaman saya sendiri. TERIMA KASIH wahai ALLAH kerana memberi kesempatan untuk saya MERASA pengalaman ini dengan meletakkan PINTU REZEKI saya sebagai seorang Setiausaha kepada BOSS.(heheheee...syukur alhamdulillah...walaupun gajik kecik jer tapi mencukupi...hik..hik..hik...lebih baik dari tak ade kerja langsung KEN..KEN..KEN hehe..lebih baik dari ketagih duit yang orang lain punya nak kaut untuk diri sendiri..ken...ken..ken)

Saya mendengar sendiri bukan sekali tp  berkali dari org yang berbeza dimana manusia-manusia (bodek, yg diamanahkan sebagai PENILAI dan PERASAN BEST ini telah menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan yang diberikan kepada mereka dengan MENABUR cerita-cerita KEBURUKKAN dan BOHONGaan yang terlampau....akhir sekali ayat POWERnyer...) orang tidak tahu tapi ALLAH TAHU!

Situasi 1:

* BOSS bagilah saya CEMERLANG tu..
 (apahal....dah BERKALI KALI nko dapat masih nak lagi ker?) utk apakah duit cemerlang itu..utk beli GELANG EMAS, untuk beli 30 ekar tanah...KATA ada duit banyak...makan anak cucu tak habis...duit nko dah BERKEPUK KEPUK, nak buat apa simpan dlm bank lama2, nanti semut2 buat lobang jew, kalau simpan bawah bantal, laki nko amik buat HANTARAN kahwin baru...wah! betul punyer marah nie kah...kah..kah..)

lepas tu siap burukkan pulak si penerima anugerah sebenar..(die tu kan boss tak patut bagi MARKAH BANYAK itu sebb dier kan....#&*!....dier kan #&%!...isshh...teruknyer perangai ENGKAU...!

Situasi 2:

* Boss tanya staff kepercayaannyer,

Boss: kali ni kita nk bagi kat sapa?
R:  Kita bagi dekat si ---lah boss , dier kan RAJIN, bla..bla..dier kata dier nk beli gelang emas baru sambil ketawa BODEK GEDIK-GEDIK...geli!  (mentang2lah budak tu kawan engkau bukan main engkau puji melangit..)
B: ooo..yer ker?..ha..oklah oklah...(BUDUH punyer boss...uisssshh!..boss tak tengok ker markah prestasi?...ker boss nak budget sesiap nak bagi markah?

Situasi 3:

* Seorang boss yang baik dan sangat memahami keadaan pekerjanya. 
Pekerja (yang namanyer tercalon sebagai penerima anugerah):  Sudah beritahu sesiap awal-awal dan berterus terang kepada bossnyer yang dier tidak mampu melakukan kerja-kerja yang diluar kemampuannyer (overload kerja) dan situasinyer sering kali datang lambat, cuti kecemasan dan seangkatan dengan permasalah keluarga.
Boss:..ok takper saya faham dan tahu.(lebih kurang begitulah ayatnyer)
Pekerja:  PERLUKAN dier mencanangkan segalanyer kepada SEMUA ORANG SATU PEJABAT tentang aktivitinyer hari itu dan sebab musabab kenapa berlaku sekian sekian perkara pada hari tersebut, orang yang LAYAK tahu adalah hanya kepada BOSS nyer, dan perlukan dier MEMBERITAHU sumer org yang DIER dah pun MEMAKLUMKAN kepada boss nyer..

Rakan Kerja (yang tidak puas hati namanyer tidak tercalon sebagai penerima anugerah): masuk bilik boss COMPLAINT...KENAPA!...kenapa!? dier dapat SAYA TAK DAPAT! pong..pang..pong pang....dier datang lambat, asik cuti memanjang, selalu takder opis (Ada engkau tengok dier datang lambat dier ganti waktu lunchnyer, dier ganti waktu pulang lewat kekadang balik kerja pun dah lewat petang bukan 5:10 petang, dier ganti waktu minum paginyer yg engkau selalu ambil dari pukul 8:10 sampai pukul 11 baru masuk opis balik setiap hari, ada engkau tengok dier datang waktu bukan kerja hari cuti datang clear keja TANPA buat CLAIM..ada engkau TAU TAK?...tak tau kan...TAPI bila TIME COMPLAINT buat MACAM tahu.....)

Boss pulak kena mintak maaf dengan staf berkenaan, dan menjelaskan keadaan supaya tidak menimbulkan kekeruhan...Masya Allah saya tabik boss ini kerana beliau berterus terang dan juga memohon maaf.

Bagi saya apalah sangat UWang Ringgit itu kalau dibandingkan dengan MARUAH DIRI YANG TAK TERNILAI HARGANYA....jika rezeki itu engkau punyer akan tetap jadik engkau punyer...tapi kalau rezeki itu BUKAN engkau punyer, REZEKI yang engkau GENGGAM yang HAKnyer adalah untuk orang lain akan TETAP tidak menjadi REZEKI engkau....dan

INGATLAH!

Engkau wahai manusia PEDENGKI dan tamak telah meletakkan mangsa iaitu manusia yang lain dalam golongan manusia yang TERANIAYA, dan jangan sesekali kita LUPA orang yang teraniaya itu DOAnya dimakbulkan ALLAH..

dan kepada MEREKA yang teraniaya ini janganlah risau atau sedih, mungkin rezeki APC itu bukan untuk kita tapi Allah dah beri REZEKI yang DIAMBIL dari kita itu kepada anak-anak kita, suami kita, isteri kita, keluarga kita tanpa kita sedar. Renung-renungkanlah...

Sekian, sekadar berkongsi...




No comments:

Post a Comment