Monday, 21 April 2014

Rezeki Dari Allah

Rezeki dari Allah!

Sesungguhnya rezeki, ajal, maut tiada siapa yang tahu melain Allah SWT.

Berbalik kepada REZEKI ALLAH,  hari ini saya ingin berkongsi rezeki Allah yang Allah beri pada saya tanpa saya duga.  Benarlah kataNYA, apabila dia berkendak maka diberikan oleh NYA rezeki itu tanpa disedar tanpa diundang, itulah KEINDAHAN rezeki Allah.

Usah kita REBUT rezeki Allah, tapi kita TERIMA dan KONGSI rezeki Allah yang Allah beri pada kita.  Terpulang bagaimana caranya tapi yang pasti berkongsilah ke jalan Allah.  Insya Allah diperbanyakkan lagi rezeki itu.  tidak semestinya banyak dan berbanyak2 tapi beri dan kongsilah dengan hati yang redha dan ikhlas, berilah tanpa berfikir dua dan tiga kali, berilah seikhlas hati walaupun sedikit tapi apabila memberi dengan seikhlas hati....seumpama seluas lautan ganjaran kebaikan yang Allah akan berikan pada kita.

Tanpa diduga Allah telah berikan rezeki yang tanpa saya duga, bertimpa-timpa rezeki yang diberikan kepada saya, usahlah diperihalkan apakah rezeki itu tapi cukuplah sekadar berkongsi rezeki yang Allah berikan pada saya bukan 1 bukan 2 tapi yang pasti ia melebihi daripada apa yang patut saya terima, rezeki yang diberikan bukan dari segi wang ringgit semata-mata tapi ketenangan hati, khabar berita yang menggembirakanan, harta benda dan juga wang ringgit yang sering dikejar-kejar manusia ekekee...termasuklah saya hambaNya yang kerdil ini keh...keh..keh..

Terima kasih wahai Ya Allah, terima kasih wahai Ya Allah, Terima kasih wahai Ya Allah, kerana Engkau telah berikan nikmat mu ini kepada ku, kerana Engkau telah membuka mata hati ini untuk melihat kebesaranMu Ya Allah,


gambar ihsan enchek google

Terima kasih wahai Ya Allah, walaupun sesungguhnya hamba mu ini sungguh jahil, sungguh sesungguhnya jahil kepada mu tapi Engkau masih memberi nikmat mu kepada ku, masih memberi rezeki mu kepada ku.

Allah...Allah..Ya Allah, berilah hidayah mu kepada ku semoga aku tidak lalai dan lupa untuk sentiasa mengingatimu Ya Allah. supaya aku tidak berada jauh dari sisiMu Ya Allah....amin..amin ya rabbal alamin.

Akhir kata ingin saya kongsi mutiara kata dari salah seorang blogger (mintak mahap la banyak2 sedang mengoogle2 mutiara kata terlupa pulak tulis nama tuan empunya blog, minta maaf banyak2 namun sudah mendapat greenlight dari tuan empunyer blogger yang memang mahu ilmunya dikongsi demi manfaat bersama)



              "JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK BERUBAH, KERANA DI SAAT KITA TERNIAT UNTUK BERUBAH, MAKA ALLAH AKAN MENGHADIRKAN SAHABAT-SAHABAT YANG BAIK DISEKELILING KITA, JADI JANGAN TAKUT.....JANGAN SEGAN.....DAN JANGAN MALU UNTUK BERUBAH.."



No comments:

Post a Comment