Thursday, 28 November 2013

DERHAKA seorang isteri, seorang ibu, seorang anak

DERHAKA  seorang ISTERI, seorang IBU, seorang ANAK

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini semenjak saya begitu sibuk dan semenjak JARI JEMARI kanan saya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sesunguhnya malang itu tidak berbau, apa yang terjadi adalah dugaan dariNYA untuk hambanya kembali mengingatiNYA dan meMUHASABAH diri di atas kesilapan dan ke'kilaf'an diri.

Kejadian yang menimpa saya ini tidaklah seteruk mana namun hati ini amat bersyukur di atas kesakitan yang saya terima, saya dapat lihat kebaikan lain yang tidak dapat dizahirkan dengan perkataan tapi melalui perbuatan.

Setelah diberikan sakit, baru saya sedar kesilapan saya, betapa saya sebagai seorang isteri DURHAKA kepada suami saya, betapa saya sebagai seorang ibu DURHAKA kepada anak2 saya, betapa saya sebagai seorang anak DURHAKA kepada ibu saya dan akhir sekali betapa saya AMAT DURHAKA kepada ALLAH sebagai hambanya:

Pada hari kejadian berlaku saya amat MARAH kepada semua orang-orang yang saya sebutkan di atas, usah diceritakan bagaimana ia berlaku KERANA hakikat sebenar ia berlaku adalah atas kehendak Allah S.W.T terhadap saya yang ketika itu dalam keadaan yang SANGAT AMARAH KEPADA SEMUA ORANG DAN MEMPERSOALKAN QADA DAN QODAR YANG SUDAH DITENTUKAN BERLAKU KEPADA SAYA.

Bagi saya perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran pada diri sendiri dan juga kepada semua yang membaca, walaupun ketika itu kita di dalam kesusahan atau keberatan masalah yang besar, jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir.

Ketika kejadian ini berlaku, masalah yang saya hadapi datang bertimpa-timpa, tiga hari sebelum kejadian anak kedua saya di masukkan ke hospital, sehari sebelum kejadian juga anak sulung saya pulak mengalami sesak nafas disebabkan anak saya yang tinggal berseorang di rumah terperangkap dalam 'semburan fogging' yang telah diubah tarikh mengikut WAKTU ANJAL pihak KEMENTERIAN KESIHATAN yang sudahpun dimaklumkan pada notis pemberitahuan bahawa 'SEBARANG PERUBAHAN TARIKH FOGGING ADALAH TIDAK DIMAKLUMKAN BERGANTUNG KEPADA PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN
Habis kepada siapa harus dipersalahkan,

1. Anak kecil saya yang berumur 10 tahun yang tertidur akibat keletihan setelah penat menjalani aktivti harian dan pembelajaran di sekolah? yang keesokkan harinya PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN?

2. Ibu yang sedang menjaga adiknya yang sakit dihospital?

3. Ayah yang sedang bekerja dengan TUNTUTAN MAJIKAN YANG TIADA BUDI BICARA?

4. Saudara-mara yang berada jauh yang tidak dapat turut membantu?

Dengan keletihan dan kekalutan yang dihadapi Allah turunkan musibah ini kepada saya tanpa saya sedar ada HIKMAH sebaliknya, namun begitu saya REDHA.

1.  Allah beri kesakitan ini untuk saya berehat setelah berhempas pulas menguruskan hal anak-anak disamping suami yang PERLU MEMENUHI TUNTUTAN KERJA DEMI MENCARI SESUAP NASI UNTUK SAYA DAN ANAK-ANAK.

2.  Allah beri kesakitan ini untuk saya berehat seketika daripada tanggungjawab saya sebagai SEORANG IBU YANG BEKERJAYA.

3. Allah beri kesakitan ini untuk saya berehat juga dari menjalankan tanggungjawab saya sebagai SEORANG IBU YANG SENTIASA TIDAK PUTUS-PUTUS MENJALANKAN RUTIN HARIAN SEBAGAI SEORANG IBU.

4.  Allah beri kesakitan ini untuk saya berehat seketika dari menjalan tanggungjawab sebagai SEORANG ISTERI YANG SYURGANYA DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI.

5.  Allah beri saya rehat yang panjang (medical leave selama hampir dua bulan) dengan kesakitan ini.

Apalah sangat kesakitan yang ALLAH beri berbanding KEBAIKAN/REZEKI YANG DIA GANJARKAN

Sepanjang saya berehat ini, saya dapat mengenali hati budi suami saya yang sanggup menggantikan tugas rutin harian saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak tanpa berbelah bagi walaupun ada ketikanya tidak sesempurna yang saya lakukan.

Sanggup menguruskan hal-hal keperluan harian saya, menyuapkan makanan untuk saya, memandikan saya, memakaikan baju saya memandangkan saya DALAM KEADAAN SAKIT DAN SEDIKIT MENGADA-NGADA......kah..kah...kah...

Dalam kesakitan ini juga MUNGKIN ALLAH telah membuka PELUANG untuk suami saya mengerti dan merasai TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS SERTA KEPENATAN SEORANG ISTERI DAN IBU dalam menjalani kehidupan harian.

Dalam kesakitan ini juga anak lelaki sulung saya lebih membantu dalam hal menguruskan adik-adik kecil yg hendak ke tandas dan makan, tidak banyak mengusik adik-adiknyer, malah boleh membantu mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga, malah boleh sidai baju di ampaian sedangkan sebelum ini pinggannya sendiri pun dibiarkan di dalam sinki dengan alasan...dia tidak pandai membasuh nanti habis pecah pinggan mama dan habis basah lantai (yg sememangnya kejadian basah lantai satu dapur itu memang kejadian benar setiap kali saya memintanya menyuci pinggannya sendiri).

Dalam kesakitan ini juga saya dapat meluangkan masa saya bersama-sama ketiga-tiga anak saya dari celiknyer mata mereka di pagi hari sehingga tutupnya mata mereka untuk tidur di malam hari dimana tugas itu sebelumnya hanya diharapkan pada nursery dan pengasuh.

Dalam kesakitan ini juga saya menyedari BETAPA ORANG-ORANG DISEKELILING SAYA AMAT MENYAYANGI DIRI SAYA DAN YANG SEBENAR-BENARNYA ALLAH AMAT MENYAYANGI SAYA KERANA DIA MEMBERI PERINGATAN UNTUK SAYA KEMBALI BERSYUKUR KEPADANYA SEBELUM SAYA TERLAMBAT.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH!.....Engkau telah dugaku dengan kesakitan tapi nikmat yang Engkau berikan tidaklah terhitung rasanya walaupun rezeki yang Engkau berikan itu tidak dapat dizahirkan.  Syukur alhamdulillah.

 Kini alhamdulillah saya sudah kembali pulih,pergerakan tangan saya sudah perlahan-lahan kembali normal dan jari-jemari saya sudah kembali boleh menaip seperti sediakala.....(maklumlah tugas saya banyak menggunakan jari jemari) walaupun kesihatan ini tidak SESEMPURNA KEJADIANNYA SEMASA SAYA DI DALAM PERUT IBU namun begitu bersyukurlah!

Tentu ramai yang tertanya-tanya sakit apa yang saya alami. Kecederaan yang saya alami menyebabkan saya tidak dapat menggunakan tangan dan jari jemari kanan seperti memegang, menggerakkan tangan, mengenggam, tangan saya tiada deria rasa.

Gambar-gambar ini adalah untuk kenangan saya dan sebagai PERINGATAN UNTUK SAYA supaya saya sentiasa mengingati kebesaranNYA..

Tadaaaa....inilah gambarnya.....

10-10-2013 hari kejadian tangan saya selepas kejadian jahit menjahit di hospital.


 

 
 


Setelah 4 kali  berulang-alik hospital untuk membuka jahitan maka 1-11-2013 jahitan terakhir dapat dibuka dan beginilah keadaan tangan saya yang sudah kembali pulih pada hari terakhir bukaan jahitan di hospital



Maka pada 28-11-2013 tangan saya sudah kembali pulih dan sudah mula bekerja......hehehee...



 
 
Akhir sekali, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang melawat saya sepanjang saya berehat di rumah dan membawa buah tangan!....terima kasih banyak-banyak yer...